TEMAN-TEMAN KU YANG HOT & CUN

Wednesday, October 7, 2015

STUDENT LIFE : STUDENT NIGHT BY ST DAVID

Assalamualaikum guys. Thanks God I've survived for 2 weeks here in Cardiff.. 11 months and 2 weeks to go. Can I? Hahaha.

Malam ni macam happening sikit,. Asalnya nak tengok ape ghomannn nyer wayang harga 4 pound tu akhirnya bertukar dgn event besar untuk kaki shopping. Tapi yg uniknya nyer event ni dibuka selepas shopping mall ni tutup. Khas untuk student.. Register as student and bawak ID card terus leyh dpt potongan diskaun tu. Tapi x semua kedai involve dlm promo ni. Tapi boleh dikatakan banyak lah jugak kann.. Event for 3 hours. I know that 3 hours is so not enough utk kaki shopping tp its better than nothing kan. Hahaha


So ape yg abamm sempat grab is 2 barang jer. Sedar2 diri ni self-funded student kan, so kena lah berjimat.. Kalau student tajaan, dh borong habis dah gamaknye. Haha. Tapi ok lah dripada x beli ape2 kan. Kalau tak sia-sia lah beratur panjang semata2 nk dptkan wristband menandakan ceq ni student...

Jacket ni adalah satu keperluan kat sini yang aku rasa bukan pembaziran. So Harga asal is 30 pound. Lepas diskaun dapat 24 pound.

 
Haaaaa ni promo paling best. Ceq beli menatang ni hanya dengan harga 5 pound.

Alangkah bagusnya bila balik Malaysia ada promo mcm nie... Please lah ada :(. So sempat lah jugak snap few picture utk tatapan semua.

Its a long queue to get in there walaupon semua dibahagikan kepada 4 entrance.


Party

Azril  |  Hafiz  |  Izzat  |  Arman
Cuti semester nak jalan byk2...

Saturday, October 3, 2015

ONCE AGAIN BEING A STUDENT

Assalamualaikum.. Hai fellas,. Lama kan x update blog. Konon2 nyer dlu nak buat comeback, tp bila busy bekerja sampai xde masa dah nak update blog. Tapi skrg cuba untuk menghadap blog ni lagi sebab officially aku kembali menjadi student tanpa perlu pikir soal kerja. Yezza.

Alhamdulillah lepas setahun lebih bekerja jadi buruh kasar.. Hahaha.. Im being offered by Cardiff University United Kingdom untuk ambik Msc International Management for 1 year, After consideration pikir masak2 bagai, I decide to continue my study. This is the time sementara komitmen hidup ni belum banyak lagi. I'm 24 and I think this is the right time. Kalau x nanti makin tua makin malas.


So, here I am. Officially Cardiff's Student. Apa yang nak share sepanjang baru seminggu ceq kat sini, Cardiff ni leyh kata sejuk dia tahap dok dalam freezer tau. End of Summer suhu dah 8 degree celcius. Aku pikir gak mcm mana lah kalau winter nnti.

My journey began on 24th September 2015 bila Visa dah settle, flight dah booking suma,, petang raya haji tu aku terus ke KLIA with my family untuk berangkat ke UK. Fortunately aku dpt lah flight yang consider murah jugak lah walaupon last minute book. So aku pon dengan sedih dan cuaknya melangkah ke departure hall tu untuk ke London. Flight murah ni biasa lah byk lah transit nya. Flight aku dri Kuala Lumpur - Singapore - Abu Dhabi - London. Byk kannn. Tapi bagus gak ade transit ni,.. Kalau tak berbelas jam lah aku dlm flight tu.



So sampai2 London on 25th October, first time blur2 g naik bas ke Sophia Garden Cardiff, and sampai2 jer ade 2 student Malaysia dtg amik aku kat situ. Alhamdulillah lah student2 Malaysia kat sini very helpful. Siap carikan umah lagi utk aku. Sampai2 jer terus bawak aku g free buffet kat Fed, awesome lah time tu rasenye sbb dpt terus makan free. Sampai2 dah lah lapar, then terus disuap ngan makanan yg byk giler.

Then Nik bawak lah aku ronda2 city and tunjukkan kat mana Business School tempat aku nyer kelas. Dari rumah aku kat Riverside nak ke Business School amik masa 15 - 20 minit walking distance. Kalau x slim river lah aku lepas ni x tau nak khabor dahhhh..

Esok nyer pulak Akmal (student senior) ajak aku & few new students g hiking plak kat Brecon. Apa yang aku boleh cakap kat Brecon ni is AWESOME. Aku x penah lagi hiking tempat mcm ni. Yes mmg tinggi and penat. Tapi once dah sampai atas, rasa nak stay jer kat atas tu. Sumpah cantik giler.






Ahad plak g merantau ke Bessamer pulak untuk tengok2 barang kat Car Boot Sales. Aku sempat lah grab winter coat dgn harga cuma 2 Pound. Best gak and berbaloi.. Igtkan nak beli basikal, tapi for now aku x nampak lagi keperluan nyer sbb masing2 kat sini jalan kaki jer walaupon jauh.

So journey aku masih panjang I guess since aku akan ade kat sini dalam setahun lebih. Jadi nantikan lah next post aku sepanjang kehidupan aku kat Cardiff ni. :)









Friday, May 15, 2015

HAFEESZ BERCUTI KE KRABI


Assalamualaikum dear followers, readers, haters, lovers and sesapa jer lah.. Setelah sekian lama mendiamkan diri gara-gara berpindah ke pejabat yang baru, hari ni baru lah terdetik hati nak update blog ni.. Aku plan nak ke Krabi ni dari awal tahun lagi, siap booking ticket flight ngan member2 lagi... U know what, aku nyaris cancel my trip becoz kawan2 aku leh plak cancel last minit.

Punya lah pujuk bdk ofis aku follow aku ke Krabi, alhamdullillah ade lah mmber 1 department nk join trip ke Krabi ni.. Fuhhhh legaaa... Kitorg pon terus pi wat passport,. Tips nyer adalah cepat awal2 pagi ke imigresen. Tapi kalau buat kat Pejabat Imigresen Wangsa Maju,, x sampai 3 jam settle suma..

Tarikh keramat 10/5/2015 bermula lah trip ke Krabi.. Nak disimpulkan, sampai je Krabi terus beli simcard Thailand and then minx taxi bawak kitorg ke Krabi Cozy Place kat Krabi Town. Tetiba driver taxi tu berhenti plak kat tour agent.. Malas nak citer banyak, kitorg book jer lah Phi Phi Island Trip untuk hari kedua, then Tiger Cave Temple, Emerald Pool & Hot Spring utk hari ke3. Total untuk 2 org kami kena bayar 4500 bhat. Agak mahal kalau compare harga kat Ao Nang,.. So tips nyer, if kalau korang suka environment yang happening, bising dan riuh, korg jangan stay kat Krabi Town, korg booking lah hotel kat Ao Nang tp slightly expensive sikit lah compare to hotel Krabi Town.


So, trip hari pertama x buat ape pon, cuma malam tu kitorg menyinggah lah kat Night Market Krabi. Fun lah dia punya pasar malam, ade bdk buat breakdance, ade live show, ade org main alat muzik. Kebetulan hari tu ade big festival Krabi 365 Days. So mmg crowd bertimbun2 and sangat lah meriah. Sempat lah grab terus souvenir untuk family & ofismate.

Esok pagi tu kitorg siap2 pukul 8.30 am untuk ke Ao Nang for Phi Phi Island Trip, Ade lah lebih kurang 8 pulau kitorg pegi, tapi total yg kitorg berhenti mandi ade lah 3 pulau. Snorkeling 2 kali, Tour Leader tu plk mmg sempoi, cakap kelate ok. Siap sediakan kitorg buah-buahan lepas snorkeling tu. Untuk trip ni korang x perlu risau, pakej kitorg amik ni mmg siap dgn lunch. Lunch dia terbaikkkk.. So dapat lah jimat sikit kat situ.

Lepas tu, malam mcm biasa kitorg berjalan-jalan je kat Krabi Town. Tak wat ape sgt... Lebih kepada aktiviti santai,,

Hari ke3 kitorg siap2 dalam pkul 9 pagi dah ade org amik kitorg untuk trip ke Tiger Cave Temple,. Kat sini, korang kena prepare mentally & physically.. Nak daki gunung tu 1237 anak tangga bukan senang wehhh,, Dah lah mula2 kitorg dah salah masuk. Jauh jalan sampai dalam hutan, patah balik baru lah jumpa tangga temple tu... Sejujurnya xde ape pon kat atas tu, cuma korang akan nampak view krabi. Tu jer. Kalau suruh aku daki lagi sekali, tobat nasuha aku xnak. Hahaha. Yang penting masa tu aku habis jugak naik ke puncak.

Then, dah penat2 tu, tour leader bawak kitorg ke Hot Spring Waterfall. Ni pon x best sangat, biasa2 jer. Kitorg rendam2 kaki, pastuh chow g lepak kedai makan, Hahaha. Then baru lah ke Emerald Pool. Ni fun. Suka giler,.. Kat sini memang aku berendam jer lah cerita dia sebab dah kepenatan naik puncak gunung tu. Air dia memang warna emerald,. cantik. Terpukau ngan ciptaan Allah.

Balik jer dari Emerald Pool, kitorg lepak jap kat hotel, pastuh sewa motor g menjelajah Ao Nang plk cari makan kat situ.. Hari terakhir ni mmg kitorg makan kaw-kaw punye kat Bam Boo Restaurant. Kitorg habis dalam 900 bhat utk 2 orang. hahaha. Memang melantak habis.

So esok nyer balik lah ke Malaysia. So konklusinya jalan2 kat krabi ni mmg bajet rendah lah... Aku cuma spend dalam RM700 jer untuk 4 hari. Tak termasuk tayar motor pancit masa on the way ke Ao Nang. Hahaha. So saranan aku adalah, g lah melancong ke Krabi, xperlu risau tentang perbelanjaan sbb mmg ke Krabi adalah percutian bajet.

So ni sikit pic ceq share ngan hangpa sumaaaaa naaaa

















P/s: Nak ke Hong Kong plk lah lepas ni

Tuesday, March 31, 2015

@HOTFM976 NAK BELANJA DALAM #HOTFMBELANJASAYA

Haaaaaa.... Mesti semua org dah tau kes hotfm nak belanja pendengar2 dia kan... Walaupon lapuk sikit coz baru ade masa nk mengapdate pasal nie, still nak jugak tulis tau walaupon x tau lah ade peluang ke x nak dpt hotfm belanja ceq..(Ayat provokasi actually)



Haha. So, sapa yang x tau, hotfm ngah wat lebih kurang mcm giveaway lah nak belanja pendengar2 dia. Minx lah ape jer. Ade rezeki korang dpt lah... Haaaaa... Nak jugak ceq try cik kiah oi... So, ni wishlist aku lah... HOTFM, sila bacaaaa. Hahaha

1. Percutian ke Tokyo

Eyh,, Hotfm xyah susah2 tanggung perbelanjaan ceq kat sana tau.. Just minx belanja tiket jer kesana... Bukan apa, org yang minx gadget2 ni cliche lah.. Haha,, selain melahirkan golongan anti sosial, ianya jugak bakal melahirkan anak2 remaja yg hanya duduk main gadget2 tu.. Ceq minx ni sebab pada ceq jauh perjalanan luas pemandangan. Tambah ilmu (ye ke?) & jadi seorang yang cintakan keindahan alam dan budaya negara luar - Skema kan? But I don't care.

2. GoPro Hero 4

Haaaaa.. jangan salah faham. Ni minx gadget sebab nak amik gambar cantek2 untuk disharekan kepada serata alam bila melancong ke Tokyo nanti.. Kbai.

Nak senaraikan banyak2 pon, x tau lah ianya hanya mimpi atau tak.. Haha, so just nak share, siapa yang nak Hotfm belanja uollsss... G masukkan gambar kat insta and tag @Hotfm976 and #HotFmBelanjaSaya.. Kot2 lah ade rezeki, free2 je wo dpt ape yg korang hajati.... :)

Monday, March 30, 2015

FREE HEADER : BLOG ANASYG

Assalamualaikum, Apa khabar rakyat jelata. Hari ni happy sangat bila bukak email pagi2 buta dah ade email dari Anas, kawan masa belajar dulu tapi lebih kenal dlm blog. Disebabkan dia cakap ceq nak wat comeback, dia dengan mulia hatinya designkan new header. Bukan 1, banyak tau.. haaaa ni design dia..:










Haaaa, hasil ihsan dia, aku pon dengan seronoknyer tukar lah my header dengan guna design by ANASYG yg no 1 tu.. look simple and classy sikit, Cewahhh.. So, suma leh lah follow blog anas k.. Minx dia design kan hehehehe :) Tq Anas.