TEMAN-TEMAN KU YANG HOT & CUN

Tuesday, March 31, 2015

@HOTFM976 NAK BELANJA DALAM #HOTFMBELANJASAYA

Haaaaaa.... Mesti semua org dah tau kes hotfm nak belanja pendengar2 dia kan... Walaupon lapuk sikit coz baru ade masa nk mengapdate pasal nie, still nak jugak tulis tau walaupon x tau lah ade peluang ke x nak dpt hotfm belanja ceq..(Ayat provokasi actually)



Haha. So, sapa yang x tau, hotfm ngah wat lebih kurang mcm giveaway lah nak belanja pendengar2 dia. Minx lah ape jer. Ade rezeki korang dpt lah... Haaaaa... Nak jugak ceq try cik kiah oi... So, ni wishlist aku lah... HOTFM, sila bacaaaa. Hahaha

1. Percutian ke Tokyo

Eyh,, Hotfm xyah susah2 tanggung perbelanjaan ceq kat sana tau.. Just minx belanja tiket jer kesana... Bukan apa, org yang minx gadget2 ni cliche lah.. Haha,, selain melahirkan golongan anti sosial, ianya jugak bakal melahirkan anak2 remaja yg hanya duduk main gadget2 tu.. Ceq minx ni sebab pada ceq jauh perjalanan luas pemandangan. Tambah ilmu (ye ke?) & jadi seorang yang cintakan keindahan alam dan budaya negara luar - Skema kan? But I don't care.

2. GoPro Hero 4

Haaaaa.. jangan salah faham. Ni minx gadget sebab nak amik gambar cantek2 untuk disharekan kepada serata alam bila melancong ke Tokyo nanti.. Kbai.

Nak senaraikan banyak2 pon, x tau lah ianya hanya mimpi atau tak.. Haha, so just nak share, siapa yang nak Hotfm belanja uollsss... G masukkan gambar kat insta and tag @Hotfm976 and #HotFmBelanjaSaya.. Kot2 lah ade rezeki, free2 je wo dpt ape yg korang hajati.... :)

Monday, March 30, 2015

FREE HEADER : BLOG ANASYG

Assalamualaikum, Apa khabar rakyat jelata. Hari ni happy sangat bila bukak email pagi2 buta dah ade email dari Anas, kawan masa belajar dulu tapi lebih kenal dlm blog. Disebabkan dia cakap ceq nak wat comeback, dia dengan mulia hatinya designkan new header. Bukan 1, banyak tau.. haaaa ni design dia..:










Haaaa, hasil ihsan dia, aku pon dengan seronoknyer tukar lah my header dengan guna design by ANASYG yg no 1 tu.. look simple and classy sikit, Cewahhh.. So, suma leh lah follow blog anas k.. Minx dia design kan hehehehe :) Tq Anas.

Tuesday, March 24, 2015

AIR ASIA BUAT PROMO LAGI!

Assalamualaikum & haii semua rakyat jelata.. Alhamdulillah niat murni utk terus mengupdate blog masih lancar. Hahaha... Haaaa tengok tajuk pon tau ceq nak cakap pasaipaaaa...Air Asia buat pasal lagi.. Geram betul... Niat nak jadikan 2015 tahun berjalan tu macam bakal diteruskan...

Mula-mula g penang aritu. Walaupon kejap jaaaa, jadi lah dri duk umah ja... Tapi ini melampau.... Baru 2 minggu lebih aku book tiket flight ke Krabi ngan Air Asia ni, terus dia wat promo free seat.. Tak ke hanginnn jiwa dan raga ni??? :/



Memang lah Air Asia ni selalu jer wat promo free seats ni..Tapi kenapa mesti wat promo ni selepas aku book tiket ngan harga yang mahal... Harom jadah betol... Hmmm., ape2 pon aku akan pastikan 2015 tahun aku travel berjalan dgn jaya nyer... Walaupon jalan dalam Malaysia jer.. fefeeling cuti2 Malaysia lah gamaknyer..

Ceq x sabar nk g Krabi ni,,. Dok tgok org suma nak tanned kan kulit bagai, tp aku ni x leyh nk tanned lagi dah sbb kulit mmg originally metalic, so kita kekalkan jer metallic tu... Hahaha... So, yg nak pi bawak keluarga, anak2 pi bercuti, this is the right time... Jom berjalannnnnn :)


Monday, March 23, 2015

MOVIE REVIEW : THE SPONGEBOB MOVIE - SPONGEBOB OUT OF WATER

Hello followers. Dah lama rasenye x update pasal movie review. Maklumlah org bekerjaya yang busy-nya kalah Perdana Menteri, mana sempat tengok wayang. Haha. So, balik jer dari kampung, member terus text ajak karoke n wayang. Memikirkan Isnin bakal menghadap kehidupan hambar di depan PC, maka ahad aku dihabiskan dengan proses yg produktif which is wayang n karoke.. Sampai sakit tekak,.. Ingat nak upload video nyanyi bak Anuar Zain, tapi risau bang nuar x leyh nak cari makan. hahaha.

So, after karoke ceq pi lah tengok wayang. Dalam byk2 movie, aku macam tertarik pulak lah nak tengok menatang alah kuning tu. Tros semangat nak tengok sampai sanggup guna kredit kad supaya x perlu beratur panjang. PLUS, kalau kat Tgv pengguna Maybank kad baik debit mahupun kredit cuma perlu byr RM10 jer utk satu tiket. So pi lah beli tiket tgok Spongebob..

Ok terus ke movie, this movie actually is BELOW my expectation. Its a fun movie to watch. Tapi half of the movie adalah kartun yang biasa hangpa tgok kat tv tu. Very slow and cerita dia mcm kebiasaan kartun2 yg cliche. As we know spongebob yg kita tgok kat tv tu meleret2 kdang2, mcm tu jugak lah movie ni.

Since tajuk dia Spongebob Out Of Water, aku expect lebih byk scene diluar air.. Contohnye mcm pengembaraan dia kat luar air ke, dok cari krabby patty tu. Tp kebanyakan scene masih didalam air & hanya babak lawan ngan lanun tu jer yg diluar air. So this movie sbenarnye is so-so jer lah pada aku. I'm expecting more because most of my friend dok lah cakap cerita ni awesome kaw-kaw liawww...

Cerita ni ceq leyh bagi lah 3.1 / 5. ok lah tu kan,.. So sapa yang nak tengok movie ni leyh lah kalau setakat nak bawak anak-anak mengisi masa lapang. :)


Friday, March 20, 2015

N E W - M E

Hello fellas,. Ya Allah tuhan jer lah yg tau betapa busy nyer hidup bergelar seorang employee. Cewahh gitu.. Tak lah busy mana tapi bila kita ada komitmen lain selain menghadap PC 24/7 macam zaman2 belajar dulu, jadinya blog pon berhabuk dengan jayanya.

Tetiba pagi tadi rasa nak bukak blog and rasa all the old post dulu-dulu masa zaman sel-sel otak masih belum berhubung adalah tidak releven. Jadi dengan itu, saya Hamdan Hafiz Amran dengan secara sukarela meng-delete lah kesemuanya... Walaupun entry yang akan dipost mulai hari ini belum tentu releven.


So, to all my new followers, Introducing myself.: Hafeesz Amran.  Jangan lah dok tanya napa ejaan nyer sebegitu... Nak jugak ala-ala artis ade stage name. Ye dok? Walaupun x sefemes Hanis Zalikha, Anwar Hadi dan seangkatan dengan nye. Kita mesti kompiden.. So Hafeesz Amran adalah nama baru yang bakal meningkat naik. gituhhhhh haha..



So sapa yang nak kenal. Ataupun dah kenal, meh ceq kenalkan diri sekali lagi... :)

Nama aku Hamdan Hafiz Amran. Jangan tanya kenapa x panggil hamdan. Since all my brothers juga adalah Hamdan, maka nama tu x boleh digunakan keatas aku dalam alam maya ni. Jadi nyer Hafeesz will be better. Plus, x lah nampak seperti aku adalah pakcik berusia 45 tahun. haha. I'm 24 this year. Graduated dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan kat satu IPT terkemuka di Malaysia. Hahaha. Abaikan. I'm dark. I'm short. Alahai senang cerita I'm only ordinary person yang mana macam org lain jugak yang ada impian dan harapan. Hahaha.

So, this is my first step untuk menghidupkan balik blog aku yg sekian lama nyer basi. Walaupon some people might think blog ni dah macam obsolete sikit. Ye lah, now sikit2 insta. Tapi better lah berblog ni daripada aku menghabiskan masa x tentu arah. Tak gituhhhh? gagagaga...

Cukup lah for now. Nanti leyh lah ceq ngapdate lagi blog ni ya. :)